Wednesday, 9 May 2012

Benafe Village

"Makan bintang lima,harga kaki lima"..inilah moto yang digunakan restoran Banafe Village di Johor Bahru..restoran ni senang je nak cari..bila nampak Hotel Selesa,terus je dan restoran ni terletak di depan menara MAA..ada dua Banafe kat area ni..yang paling besar dan cantik tu adalah Banafe Village.

Kalau korang nak tahu restoran Banafe ni dah dibuka sejak 8 tahun dulu..tapi dulu restoran dia tak secantik sekarang..macam kedai makan biasa je..dan restoran ni adalah milik keluarga Betty Banafe..penyanyi dan pelakon tu..konpem halal sebab orang melayu owner dia kan..dan restoran ni pun menyediakan surau untuk pelanggan dia..sangat memudahkan umat Islam lah..toilet pun bersih..semua ok lah..dapur pun nampak macam bersih sebab open air kan
nilah dia restoran Banfe Village..menarik bukan..memang smart habis tempat dia..restoran ni dibuka sejak 31 Ogos 2009
Kenapa I beriya semangat nak promote restoran ni kat korang?sebab status fesbuk I selalu sangat cakap pasal malam ni saya akan makan nasi ayam penyet Banafe!!yeay!!sebab saya adalah peminat yang gila kat ayam penyet..sangat lah..kalau boleh selang sehari nak makan ayam penyet..so dalam banyak kedai makan kat JB ni..ayam penyet Banafe adalah yang terbaik..SANGAT!!

1st time datang restoran ni I sangat lah anti nak makan ayam penyet dia..sebab TAKDA sup!faham tak..ayam penyet makan takda sup..gila tak sedap..tapi kali ketiga I makan sini barulah dapat feel..sebab sebenarnya,,ayam penyet tanpa sup best!sebab sambal dia yang pedas tu dapat dineutralkan jika kita makan nasi dia saja tanpa sup..bagus owner dia ni..pandai..ayam penyet ni bergantung pada sambal dia..kalau sedap sambal sedaplah ayam penyet ni..semua yang datang sini memang akan cakap sambal ayam penyet Banafe terbaiK!

bila makan ayam penyet ni haruslah diminum bersama air lemon juice dia..baru pegi!

combination ni esok pagi memang tak keluar toilet..konpem..penangan dia PUHH!!korang takkan nyesal punya walaupun kena duduk dalam toilet lama


Restoran ni menyajikan lebih dari 200 jenis makanan cina,arab,cina,jepun,thai,indonesia dan tempatan oleh chef yang berpengalaman..Korang tengok jela menu roti dia je ada berapa banyak..tapi kalau banyak-banyak pun last-last korang mesti order roti kosong satu bang!sebab tak tahu nak pilih yang mana kan

ni antara menu wajib korang kena try..setelah dipersetujui ramai:

1.kuay teow hong kong
2.kuay teow goreng
3.ice cream waffle

ni tiga semua boleh buat korang tidur lena lepas dinner..serius..harga pulak standard untuk kedai macam ni..takkan korang nak expect harga murah kat tempat yang sangat best macam ni..mati la owner tu nak bayar sewa kalau dia letak harga murah kan..ayam penyet rm8.00..lemon juice rm3 kot..waffle rm7 atau 8 dan lebih kurang macam tu lah..nasi goreng semua rm5 ke atas..

rugi kalau korang tak try makan sini..kalau restoran ni selalu full house maknanya?SEDAP lah kan..if tak mesti takda orang nak datang makan..tak rugi kalau korang try..serius serius!
Ni view dari dalam restoran..

Tempat buat air bukan tempat buang air ok

Ada jugak gazebo kat sini..siap 2 tingkat lagi..menarik kan?

No comments:

Post a Comment