Wall Street : Money Never Sleep - but you will sleep ah bai !
Hari ini adalah hari yang spesel untuk Gorgoron. Ini kerana dia sudah bebas dari penjara. "Wahh!" katanya sambil berjalan ke luar penjara. Lalu terus menjadi seorang penulis buku dan pensyarah yang ada tittle bekas banduan 7 tahun selepas itu. Memang hebat. Entah macam mana cara dia boleh jadi pensyarah dan juga penulis buku pun dia sendiri kurang pasti. Yang penting dia sudah boleh keluar tivi.
Jemal yang baru bagun tidur terus pasang tivi. Makwe Jemal gedik-gedik depan Jemal pun, Jemal buat tak kesah. Bila Gorgoron keluar dekat tivi, Jemal puji Gorgoron. Makwe Jemal sebenarnye adalah anak Gorgoron lalu bengang dan campak remote tivi. Jemal bersuara, "makwe....gampang sangat perangai u nih"
Jemal suka naik motor besar. Layaklah Jemal suka motor besar, sebab Jemal kerja jenis yang kena pakai kot sambil bermesyuarat pung-pang-pung-pang. Jemal kerja di Kelah Zabel sebagai broker saham. Bos sayang Jemal dan Jemal pun sayang bos. Untuk membuktikan mereka sayang sayang, bos bagi duit USD 128,000,000. Jemal cakap, "gila ba!" sambil cium tepat di atas kepala botak bos. Sebenarnya bos nak bankrap. Sebab itu bos berjalan pada petang walaupun hari itu ekonomi sedang jatuh. Jemal tanya bos, "bos bankrap kah?" dan bos jawab, "salah soalan kau ni...soalan yang betul adalah, siapa lagi bangkrap". Jemal buat muka terkejut.
Bos Jemal bunuh diri dengan terjun depan keretapi bawah tanah.
Jemal bermesyuarat hari itu. Tapi Jemal satu hapa pun tak paham lalu dia racing moto dengan bos baru. Jemal tak cukup rempit macam bos lalu marah bos dengan berkata, "faking ah!"
Gorgoron tipu Jemal. Jemal nak balik duit yang Gorgoron tipu sebab awek sedang mengandung. Gorgoron macam sedih sebab dah ada cucu lalu tak jadi nak tipu Jemal lama-lama. Kejap pun jadilah.
Lepas itu aku pun tak paham arah tuju cerita ini sebab kerja aku adalah tidur- bangun- tidur- bangun-pandang kiri- pandang kanan- pandang makwe depan- carik baki popkon atas lantai- main hanset-korek kuku kaki- menguap sambil kesat air mata....aku rasa aku jadi macam itu sebab tak ambil subjek ekonomi rumah tangga. Damm~
No comments:
Post a Comment